TOI 1231b: Planet Seperti Neptune

TOI 1231b Planet Seperti Neptune

Planet seperti Neptune, TOI 1231b merupakan planet gas yang mempunyai atmosfera yang kaya dengan gas dan air. Saintis NASA menerusi Transiting Exoplanet Survey Satellite (TESS) mengesahkan penemuan planet ini yang mengorbit bintang jenis M. Bintang M merupakan bintang kerdil merah dan suhu permukaan lebih rendah dari Matahari.

Planet ini TIDAK MENYERUPAI BUMI seperti yang diwar-warkan sesetengah sumber berita. Planet ini jauh lebih dekat dengan bintangnya berbanding Planet Utarid. Kebanyakan planet seakan-akan Neptune mempunyai suhu yang sangat panas, menyukarkan saintis mengkaji komposisi atmosferanya.